Posts

Showing posts from February, 2026

Ledakan tottam Tanah-tanah Melayu (1876 - 1941)

Image
Tuan-tuan pimpinan, para perwakilan, para pemerhati sekalian, hari ini kita akan membincangkan satu sejarah yang amat penting. Iaitu bagaimana getah 1 —ya, getah—pernah menjadi macam Bitcoin, tetapi dengan lebih banyak penipuan kolonial. Benih Diperkenalkan, Tetapi Kita Belum Sedar Pada tahun 1876, benih getah dibawa masuk. 2 Tetapi, tuan-tuan, tiada siapa sedar. Tiada siapa memberi perhatian. Seperti Bitcoin pada zaman awal— tiada ceramah, tiada sesi “Jom Celik Getah”. Mereka anggap ia cuma pokok biasa . Begitulah manusia bila tiada kesedaran. Modal: Sangat Mahal Untuk buka tottam 2 500 ekar, modalnya £10,000 dan pendapatan sifar selama lima tahun pertama. Tuan-tuan, ini bukan pelaburan. Ini ujian, tuan-tuan. Kalau sekarang, orang akan tanya, Ini skim cepat kaya ke? Tidak. Ini skim lambat kaya. Kecual...